MY PROFILE ::NUR WAHEEDA ISMAIL:: ::HEIGHT (CM): 155cm ::WEIGHT (KG): 42 kg ::RACE: MALAY ::SKIN COLOR: FAIR BROWN ::EYE COLOR: BROWN ::WINNING AWARD: CONSOLATION PRIZE, POHKONG~ CONSOLATIONS PRIZE-SACC MALL (CONTEST)~ ::DRESS SIZE: XS (UK) ___(US) ::SHOE SIZE: 5 (UK) ___(US) =EXPERIENCES: :OUTDOOR PHOTOSHOOT/EVENT ETC. :STUDIO SHOOT (bridal dress)-Studio A :PHOTOSHOOT - MAGAZINE :IMPIAN PESONA REALITY TV(EXTRA)-2011 :JOHNSON'S & JOHNSON'S (TVC/PRINT ADV)-2009 :RUNWAY FOR FASHION SHOW (EVENT) since 2010 :TIA AMELIA (TVC)- Nov 2011 :DRAMA BICARA HATI (EXTRA)-2012 :MODEL BOUTIQUE -Since 2011 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (NOVEMBER & DISEMBER 2012) :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGMNT)EPISOD 8: DISEMBER 2012, TV9 :AMBASSADOR FOR SYARAZ COUTURE 2012/2013 :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGEMENT) FEB 2013 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (APRIL 2013) :MODEL FOR TVC FEREENA BEAUTY SKIN (TV3-OGOS 2013) =wieda_waheeda@yahoo.com

Thursday, May 31, 2012

PhoTosHooT with S87


Photoshoot ni dilakukan atas permintaan butik pakaian untuk di iklankan di laman web dan juga kegunaan butik tersebut.  Ia dilakukan disekitar Bandaraya Kuala Lumpur - Pavillion dan kawasan berhampiran.  Special Thanks wt Shuhada Fuad sbb sudi pilih aku untuk projek dia kali ni.  Selain aku, Model pilihan S87 seorang lagi adalah Arsya untuk bersama-sama memperagakan pakaian tersebut.  Photographer yang ditugaskan oleh S87 adalah Daus Alley dan Photographer jemputan pula dari Lim Kok Wing (student) yang berasal dari Arab Saudi bernama Rabee manakala assist adalah Akram BadruddinAemyz Sun juga turut hadir untuk mendaftar sebagai model S87 dan join photoshoot kali ini.



Dari kiri : Arsya, pemilik butik, Shue, Aemyz Wieda Waheeda, Akram, Rabee












Akram and me









Me..Arsya and Rabee





BM Modelist 2012


BM Modelist 2012 || BURHAN MERHAD
Model || WIEDA WAHEEDA













BaRbiE DoLL TheMe














Marc Jacobs Event

Marc Jacobs
@ Propaganza Astro Ria
Ahad 12:00 Tgh Hari

Special Thanks to Fazli Ali sebab tolong abadikan pic ni buat aku..aku tak sempat tengok pun rancangan ini pada mulanya, tapi bila ulangan ditayangkan, Sutinah (rakan sekerja) telah sms aku minta buka tv.  Thanks wat dier dan thanks utk semua kengkawan yang selalu bagi sokongan padu dan sentiasa ada untuk bakar semangat yang kian pudar ini.. Thank utk Aemyz Sun sbb selalu ade dengan aku..thanks sangat-sangat..










Wednesday, May 30, 2012

My Signature P.O.S.E


My Signature Pose

 Special shoot by Tozieda a.k.a Sapex
Model : Wieda Waheeda
Mua : Izzie D'Beaut


Tuesday, May 29, 2012

AdAm HaiQaL

Hye semua...

Petang ni takde ape aku nak cerita.. Oleh kerana masih ade masa bersisa menanti saat pulang, maka kesempatan ni, aku singgah sekejap untuk menulis di sini ^_^ bukan senang nak dapatkan masa lapang macam ni,kan..

Hati ni terpanggil untuk bercerita tentang seseorang yang baru dikenali beberapa minggu yang lalu..bagaimana kenal, tak penting di sini tapi ape yang buat menarik minat ni untuk terus bercakap dengan dia adalah apabila dia terlalu pandai berkata-kata hingga buat aku terus mendengar ape yang diperkatakan olehnya..

Ketika kusyuk  mendengar, aku terperasan beberapa ayat dan perkataan serta 'slanga' dia tak macam Melayu walaupun rupa dia buat aku musykil antara Melayu atau Cina..dalam celah-celah berborak tu, ..tiba-dia ade menyebut beberapa perkataan lain cth nya Ya Allah, MasyaAllah.. buat aku benar-benar terpegun dan ada rasa ingin tahu tentang dirinya..Owh Cina rupanya..TAPI..ermm..Tapi..Ish..haih...tadi sungguh aku ade dgr .. erm..maybe silap..

Tiba-tiba seseorang mencelah..Islam lah dia..hahahha..mungkin bila tengok muka aku da agak 'confuse'..dan saat tu, aku jadi lagi terpinga-pinga dan hampir ternganga..bukan ape,hanya ingin mendengar dari tuan badan, benarkah semua tu..haih..bukan perkara main-main dah ni..tanpa lengah, saya tanya dia..benarkah? dia jawab ' Ya Allah..takkan nak tipu kowt..' sambil terus keluarkan IC dan sekeping kad..

Tertera Cheok Soon Wei..

dan Adam Haiqal nama Islamnya..sedap nama tu..sesuai dengan pemiliknya dan sudah pasti orang yang memilih nama ini untuk dia adalah mungkin yang teristimewa dalam hidup dia..atau mungkin, nama ini dipilih atas inisiatif diri sendiri...dan dia baru setahun lebih memeluk Islam pada usia yag muda (umur dirahsiakan).

MasyaAllah..kagum aku jadi berganda..sebab? banyak sebab yang aku tak boleh nak huraikan..tapi kagum aku susah nak cerita pendek kata..dan apa aku mampu cakap adalah aku memang ingin tahu lanjut penghijarahan dia.. Selesa sangat berbicara dengan Encik Adam ni..lancar dia berkata-kata..sambil tak lokek dengan senyuman buat kita tersenyum juga melihat gelagatnya..

Setelah kenal Adam Haiqal dengan lebih lanjut, aku banyak mengetahui kisah-kisah hidup, dan juga sejauh mana ilmu yang telah dia pelajari..ternyata dia sangat tekun dan pada saya dia bijak serta terang hati.  Syukur Alhamdulillah bertambah saudara baru kita..sejuk hati ni bila setiap kali dia berbicara soal Islam dan agama..leka mendengar ketika dia bercerita..malah dia punya suara yang sedap..kusyuk juga aku mendengar Adam membaca Al-Fatihah..malah fasih mendendangkan lagu-lagu Melayu kita..hahaha...sumpah aku kagum..dia menyanyi lagu Aishiteru..buat aku ketawa tp sungguh ni,suara dia sedap..

Encik Adam Haiqal...

Thanks sudi berkongsi cerita dan kamu satunya sahabat mualaf yang saya ada setakat ini..dan aku menghormati kamu dari setiap sudut.. aku berdoa dan berharap agar Tuhan pelihara kamu dan dilimpahi cahaya kebahagiaan dan keimanan sepanjang hayat..Selesa berkawan dengan kamu dan apapun terjadi, pesan ku..jangan mudah mengalah..Setiap hidup pasti akan lalui pelbagai dugaan.. aku kagum dengan semangat cekal yang kamu ada..aku alu-alukan kehadiran kamu dalam keluarga ku jika ingin mendalami ilmu agama..tapi bukan lah dengan aku, sebab aku juga tidak mampu..aku lemah..orang kata iman manusia setipis kulit bawang sifatnya..tapi kalau bkesempatan, jumpalah orang tua ku..mereka terbaik yang aku ada..andai berkunjung ke Kedah, singgahlah di teratak bonda ku..kami menunggu kehadiran kamu dengan hati terbuka ^_^

Okeh..korang semua pasti tertanya-tanya siapakah gerangan Adam ini,kan...mana gambarnya..hmmm..itu yang susah aku nak paparkan di sini..tapi aku cuba yang terbaik untuk kalian lihat..

Nah inilah dia Encik Adam Haiqal.. So, harap korang semua enjoy baca cerita aku petang ini..santai petang berhenti di sini dulu buat sementara waktu, yar..kite jumpe lagi bila kelapangan... owh ya, lupa lak nk cite..tak lama lg, encik Adam akan dpt baby..doakan moga semua selamat dan dia akan jadi papa lepas ni ^.^ best nye kan..hehe..k papai..Zaaassss~



Adam Haiqal..Pic selebihnya akan dipaparkan lagi bila ada kelapangan :)