MY PROFILE ::NUR WAHEEDA ISMAIL:: ::HEIGHT (CM): 155cm ::WEIGHT (KG): 42 kg ::RACE: MALAY ::SKIN COLOR: FAIR BROWN ::EYE COLOR: BROWN ::WINNING AWARD: CONSOLATION PRIZE, POHKONG~ CONSOLATIONS PRIZE-SACC MALL (CONTEST)~ ::DRESS SIZE: XS (UK) ___(US) ::SHOE SIZE: 5 (UK) ___(US) =EXPERIENCES: :OUTDOOR PHOTOSHOOT/EVENT ETC. :STUDIO SHOOT (bridal dress)-Studio A :PHOTOSHOOT - MAGAZINE :IMPIAN PESONA REALITY TV(EXTRA)-2011 :JOHNSON'S & JOHNSON'S (TVC/PRINT ADV)-2009 :RUNWAY FOR FASHION SHOW (EVENT) since 2010 :TIA AMELIA (TVC)- Nov 2011 :DRAMA BICARA HATI (EXTRA)-2012 :MODEL BOUTIQUE -Since 2011 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (NOVEMBER & DISEMBER 2012) :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGMNT)EPISOD 8: DISEMBER 2012, TV9 :AMBASSADOR FOR SYARAZ COUTURE 2012/2013 :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGEMENT) FEB 2013 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (APRIL 2013) :MODEL FOR TVC FEREENA BEAUTY SKIN (TV3-OGOS 2013) =wieda_waheeda@yahoo.com

Friday, March 13, 2009

Cantik : Elak sakiti mata si comel


Harian Metro Khamis, 12 Mac 2009

Variasi

Cantik: Elak sakiti mata si comel
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilusasmaini@nstp.com.my

Pilih produk selamat untuk mata serta lembut kepada kulit bayi

"DALAM tempoh tiga bulan pertama, otak dan mata bayi masih saling cuba untuk berkomunikasi serta berhubung antara satu sama lain manakala bayi berumur tiga bulan ke atas, mata mereka kurang berupaya menghasilkan air mata bagi membantu melindungi kornea.

"Selain itu, tindakan refleks untuk mata bayi berkelip juga amat lambat kerana mereka kurang mampu memperbaharui lapisan 'tear film' yang berfungsi melindungi mata ketika berkelip.

"Ia menyebabkan mata bayi tidak mampu berkelip sekiranya air terpercik ke mata ketika mandi kerana tisu dan mukosa mata mereka masih sensitif," kata Pakar Perunding Oftalmologi, Dr Tan Niap Ming.

Menurut Dr Tan, mata bayi yang baru lahir lebih mudah terdedah kepada bahaya berbanding orang dewasa kerana duktus air mata serta refleks mata mereka masih belum berkembang sepenuhnya.

Untuk itu, Dr Tan menyarankan, setiap produk penjagaan bayi perlu ada kelembutan bagi memastikan mata bayi tidak sakit jika terkenanya.

"Ibu bapa perlu lebih berhati-hati memilih produk penjagaan bayi mereka kerana biarpun sesetengah produk itu mungkin tidak akan merengsakan kulit bayi tetapi ia mungkin menyakiti mata si kecil anda.

"Sebaiknya, pilihlah produk yang bukan saja selamat untuk mata tetapi lembut kepada kulit bayi anda," katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 produk Johnson's Baby di ibu negara, baru-baru ini.
KASIH NENEK...Nur Waheeda memangku Nur 'Irisya memerhatikan ibunya, Khadijah mencium pipi cucunya, Khairul Imtiyaz.


Hadir sama, Pengarah Urusan Johnson & Johnson, Joyce Lee; Pengarah Johnson & Johnson Asia Pasifik Bahagian Pertukaran Teknologi dan Jaminan Teknikal Serantau, Noel Manigbas serta lima keluarga pengguna setia produk berkenaan.

Joyce berkata, pihaknya memahami kesensitifan mata bayi dan produk Johnson's Baby amat lembut umpama air tulen yang selamat kepada mata bayi.

Dia berkata, formulasi 'Tidak Pedih Mata' Johnson's Baby menjadi produk pertama yang menyediakan kelembutan untuk mata bayi dan ia terbukti dengan sejarah yang terlakar sejak setengah abad lalu.

Katanya, sejak diperkenalkan pada Januari 1959, jenama berusia 50 tahun itu kini menjadi jenama global yang menjadi pilihan ibu serta ahli profesional kesihatan.

"Simbol air mata berwarna merah dengan tulisan 'Tidak Pedih Mata' adalah satu jaminan daripada kami bahawa produk berkenaan selamat serta lembut untuk mata bayi dan orang dewasa.

"Mulai bulan depan, syampu Johnson's Baby akan tampil berwajah baru dan tidak lagi menggunakan botol lama. Rekaan botol syampu Johnson' Baby pastinya lebih menarik dan menepati cita rasa ibu bapa hari ini," katanya.

Sementara itu, Khadijah Hanapi, 47, berkata, dia menggunakan produk tidak pedih mata Johnson sejak berpuluh tahun lalu dan masih mempercayainya sehingga kini.

Kata Khadijah, dia masih mengingati saat pertama memandikan anaknya, Nur Waheeda dengan syampu formula tidak memedihkan mata daripada Johson's Baby kerana anaknya langsung tidak menangis.

"Saat itu memang menakjubkan kerana dia tidak menangis apabila mak cik membersihkan rambutnya.

"Mak cik terkejut apabila mendapati produk berkenaan bukan saja tidak memedihkan mata bayi malah begitu lembut kepada kulitnya," katanya.

Nur Waheeda berkata, biarpun dia kini berusia 28 tahun serta sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua anak yang masih kecil, anaknya tetap percaya pilihan ibu dalam penjagaan bayi.

Menurut Nur Waheeda, ibunya sering mengingatkannya supaya mencari produk bayi yang mempunyai tanda 'Tidak Pedih Mata' untuk kegunaan dua anaknya iaitu Khairul Imtiyaz b. Mohd Khairul Irfan, 3 dan Nur Irisya Ellvyra, setahun empat bulan.

"Ibu menggunakan produk ini ketika saya kecil dan kini, selepas mempunyai anak sendiri, saya turut menggunakan produk yang sama," katanya.