Bertempat di Studio A, Shah Alam, saya bersama Photographer handalan iaitu seperti biasa Mohd Shafiq (Sapex a.k.a Mr Toz) beserta Killabee telah menyiapkan task untuk Pencarian Model oleh Burhan Merhad (BM) seorang fashion designer handalan juga yang sedang mengukir nama dipersada glamor 2011. Tema shoot kali ini adalah 'Haute Couture pose-style' dan saya telah mendapat kerjasama penuh dan tunjuk ajar dari photographer saya ketika itu. Selama beberapa bulan juga Sapex (photographer) telah membuat ulangkaji mencari bahan-bahan serta pose yang menarik untuk saya 'study' bagi menyiapkan task tersebut. Walau bagaimanapun, saya hanya mampu lakukan setakat ini sahaja dan tidak dapat menghayati watak sepenuhnya. Manakala Sapex pula demam teruk pada malam tersebut. Syukur Killabee dapat meluangkan masa untuk hadir bersama-sama shoot pada mlm tersebut. Turut memeriahkan suasana bersama saya menyiapkan task adalah Sumaziana dan Farhana Nabila. Mua (Makeup Artis) saya untuk task ini adalah Anom Keon.
Berbanyak terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga dan keringat ketika ini. Saya sayang kalian semua. Tanpa kalian, siapalah saya.
No comments:
Post a Comment