Fereena Beauty Care merupakan anak syarikat kepada DZ Trade Malaysia Sdn Bhd. Dz Trade adalah pengilang utama bagi syarikat kami. Berpengalaman lebih 14 tahun di dalam industri pengilangan kontrak. Diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Puan Sabrina Ahmad dan Encik Zulkifly Mohamad.
Pengalaman bersama DZ Trade membuatkan pengasas menubuhkan pula Fereena Beauty Care bagi mengeluarkan pula produk- produk yang di labelkan atas nama sendiri. Ditubuhkan pada awal tahun 2013. Pemprosesan yang dijalankan oleh syarikat kami adalah mengikut standard Amalan Pengilangan Terbaik ( Good Manufacturing Practice ).
Produk-produk yang diproses dan dikeluarkan oleh syarikat kami adalah mengikut piawaian dan kesesuaian dengan kehendak pasaran serta dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan kualiti produk dijamin mencapai taraf antarabangsa.
Antara produk keluaran kami adalah V-Shape Lotion, Ferskin, Aqua Tea Puteri 2 dan Ferwhite. Pelancaran produk telah berlansung pada bulan march yang lalu bertempat di Seri Pentas TV3.
Matlamat utama syarikat ialah menghasilkan produk berkualiti tinggi setaraf jenama terkenal dengan harga yang berpatutan serta tidak membebankan pengguna. Syarikat juga berusaha untuk memperkenalkan produk baru dan berusaha untuk mengembangkan pasaran produk dan dalam usaha menjadi pusat pengeluaran utama produk kesihatan dan kecantikan untuk pasaran Asia Tenggara.
Visi & Misi
Visi
- Menjadi salah satu syarikat terkenal yang mengeluarkan produk- produk kesihatan dan kecantikan.
Misi
- Memberi peluang kepada usahawan- usahawan yang berminat menjalankan perniagaan dengan modal permulaan yang berpatutan
- Membekalkan produk terus dari kilang tanpa orang tengah kepada stokis
- Menjadi saluran utama menyalurkan maklumat berkaitan makanan tambahan dan penjagaan kesihatan serta kecantikan.
- Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan professional
FERWHITE
L-GLUTATHION Glutathione adalah sejenis molekul yang terdapat dalam tubuh. Terdiri daripada 3 jenis asid amino L-Sistem, L-Asid Glutamate dan L-Glisin. Ia dihasilkan daripada zat makanan yang terdapat dalam tumbuhan.
Bertindak sebagai agen detoksifikasi yang hebat kerana ia membantu membuang toksin seperti logam, bahan pelarut, dengan pengikat dan menukarkan bahan-bahan tersebut kepada bentuk yang boleh dibuang melalui sistem perkumuhan.
L-Glutathione merupakan sejenis antioksida yang bertindak melawan radikal bebas iaitu radikal perosak sel. Selain itu, ia juga mampu menghalang penghasilan melanin yang menggelapkan warna kulit. Gluthatione mengaktifkan sel kulit, membantu mengaktifkan kolagen, melambatkan proses penuaan, serta mencerahkan warna kulit.
Kebaikan glutathione untuk tubuh adalah dapat melindungi sel dan tisu utama tubuh seperti hati, arteri, paru-paru dan juga sel-sel kulit.
Proses Pemutihan:
Kulit Putih: 1-3 Bulan
Kulit Sederhana Gelap: 3-6 Bulan
Kulit Gelap: 6-12 Bulan
*Nota Penting:
Apabila terdapat perubahan pada warna kulit seperti yang diidamkan, kurangkan dos kepada tahap minima atau selang sehari.
KOLAGEN
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen adalah unsur yang wujud disekeliling sel. Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia mencecah 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian.
Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin meningkat umur, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Hal ini akan memberi pelbagai kesan kepada kulit. Sumber kolagen yang digunakan untuk produk Fer’white adalah dihasilkan daripada ikan tilapia.
Kolagen yang dihasilkan daripada ikan membantu pembetukan kolagen yang menyusut pada sendi, tulang dan kulit. Kolagen yang bersumberkan ikan ini bersifat elastik, kepaduan sel yang tinggi serta berkapasiti tinggi untuk kekalkan kelembapan. Kolagen berfungsi menstabilkan struktur kulit, melembab, menegang dan menganjalkan kulit bagi menghalang penuaan. Dapat mengurangkan pigmentasi dan juga menyuburkan rambut serta kuku.
HYARULONIC ACID (HA)
Berfungsi untuk melembabkan kulit, menjadikan kulit lebih elastik, membantu pembentukan kolagen, mengurangkan garis halus pada wajah serta meningkatkan metabolisma.
Hyarulonic Acid berfungsi melalui sel-sel molekul yang halus dan kecil serta mudah menyerap.
RM135=1KG (free SHAKER) |
ACAIBERRY
Mengandungi antioksidan tinggi yang dapat melambatkan proses penuaan. Acaiberry juga mengandungi Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 asid lemak yang baik untuk kesihatan tubuh. Ia dapat mecantik dan melicinkan kulit, menurunkan paras kolesterol, melangsingkan badan, meningkatkan metabolisma tubuh.
L- CARNITINE
Bertindak sebagai antioksidan kepada ancaman radikal bebas. Menguatkan ketahanan sel badan dan membantu merangsang pembaikan sel serta membaiki DNA yang dirosakkan oleh radikal bebas.
EKSTRAK MANGGIS
Penggunaan ekstrak manggis dalam produk Fer’white adalah kerana ekstrak manggis terbukti mengandungi sebatian unik bernama xanthone yang mempunyai ciri antioksida yang tinggi serta baik untuk kesihatan. Manggis dipercayai dapat merawat penyakit kulit seperti jerawat serta melindungi sistem dalam tubuh daripada kerosakan radikal bebas. Xanthone bertindak sebagai antibiotik semulajadi, antiviral, anti radang, anti mikrob, anti alahan, anti kanser, dan merupakan antioksida yang sangat baik.
APPLE STEM CELL
Sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan. Mungkin sukar dipercayai, namun itulah kenyataannya kerana epal mengandungi bahan antioksidan yang tinggi.
Kajian mendapati epal bukan sahaja dianggap bahan anti pengoksida, malah ia mampu mencegah beberapa penyakit. Epal memiliki khasiat tersendiri yang juga bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan. Ia mengandungi vitamin C dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Sel stem buah itu berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.
Kebaikan Apple Stem Cell ini adalah membantu melambatkan proses penuaan di samping membaikpulih sel-sel kulit badan. Ia juga membantu menjadikan kulit kelihatan tegang dan cantik.
MAMA GOJES
NAMA PRODUK : MAMA GOJES (Pertama produk begini di Malaysia)
KLASIFIKASI : Minuman Kesihatan
ISI KANDUNGAN : 500gm/Jar
INDIKASI : Digunakan untuk kesihatan wanita (menghilangkan keputihan, melancarkan haid, menguatkan otot faraj, menjaga kedudukan rahim, memberi tenaga kewanitaan, melancarkan darah nifas, menjaga sistem kemutan. Digalakkan bagi wanita dalam pantang
KANDUNGAN : Extrak Arabica kopi, coklat, manjakani, kacip fatimah dan 17 rempah ratus terpilih
CARA PENGGUNAAN : 2 kali sehari/ 1 scoop 15-18gm dicampur dengan 120-150 ml air panas/air suam
HARGA JUALAN : RM 75.00 Semenanjung/ RM 85 SS
LULUR KOPI FEREENA (250gm) HARGA RM19.90
Aktiviti menggosok badan itu sendiri membantu merangsang peredaran darah dalam badan di mana jari-jari kita memberi tekanan pada badan, sementara biji-bijian yang terdapat dalam LULUR KOPI FEREENA merangsang saraf-saraf halus dalam sistem badan.
Khasiat-khasiat KOPI LULUR FEREENA:
- Aroma lulur kopi arabica memberikan kesegaran dan ketenangan kepada tubuh serta membantu melancarkan peredaran darah.
- Membantu menganjalkan kulit dan mengurangkan masalah selulit.
- Mencerah dan mencantikkan kulit tekstur kulit serta menghaluskan kulit.
- Sifat antioksida yang terdapat dalam kopi mencegah penuaan pada kulit dan menanggalkan sel-sel kulit mati.
- Menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan.
- Ekstrak kacang hijau dan soya membantu menjadikan warna kulit lebih sekata.
Cadangan penggunaan: paling kurang 2 kali seminggu dan kalau rajin 3 kali seminggu.
Cara Pakai: Gosokkan body scrub perlahan dengan gerakan memutar ke seluruh tubuh dalam kondisi tubuh basah...gosok jangan tak gosok...gosok sampai rasa puas hati ke seluruh badan..Insha Allah semua daki-daki lama akan gugur...bila dah puas hati boleh bilas hingga bersih.
ni kalau rasa nak best lagi...boleh campur serbuk LULUR KOPI FEREENA dengan Yogurt campur sikit air dan siap untuk di gosok pada badan. Lepas gosok puas hati nanti Insha Allah kulit terasa lembut, mulus dan berseri.
Bagi mengatasi selulit sebagai tambahan, dah siap dan lap-lap badan ...boleh cuba sapu losyen V-SHAPE Fereena ke seluruh badan. lepas tu minum air suam. rasa2 jadi apa. cuba buat selama 10 hari cer..cek agak2 berapa kilo hilang...x pun berapa cm mengecil.
V-SHAPE LOTION
NOT130104778K
V-Shape Lotion adalah losyen yang berbau wangi yang menggabungkan teknologi moden dan tradisional dapat membentuk serta melangsingkan tubuh agar anda mendapatkan tubuh yang ramping. Antara kebaikannya yang lain ialah:
- Memecah lemak di bahagian perut, pinggang dan tempat-tempat berkumpul lemak
- Mengamalkannya dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengawal berat badan
- Penggunaan di tempat-tempat berlemak, dapat menyingkirkan lebihan lemak di tempat tersebut
- Membantu mengurangkan masalah perut buncit
- Membantu meringankan sakit-sakit ringan contohnya sendi, bengkak kaki
- Teristimiwa digunakan untuk ibu lepas bersalin
- Menegang dan menganjalkan kulit
- Mengurangkan garis halus
- Mengurangkan parut-parut kecil
- Membakar kalori
- Mengurangkan selulit
- Melembabkan kulit
- Mengeluarkan angin serta mengatasi masalah kembung perut
- Mengatasi masalah kulit kering
Produk V-Shape Lotion menggunakan bahan-bahan seperti berikut:
1. Algisium-C
Algisium C merupakan silikon organik yang kaya dengan fungsi hydroxyle. Ia berfungsi untuk pemulihan sel kulit, menegang dan menganjalkan kulit, mengurangkan garis halus pada kulit dan sebagai pelembab pada kulit. Ia merupakan molekul-molekul halus yang mudah menyerap masuk ke dalam kulit manusia bagi meleraikan lemak-lemak yang berkumpul di bawah permukaan kulit. Kemampuan memecahkan lemak oleh algesium C sememangnya efektif. Tambahan lagi, fungsi algisium C sebagai penghubung tisu merupakan satu kelebihan istimewa di mana ia dapat melambatkan penuaan kulit serta anti radikal bebas.
Rajah diatas menunjukkan bagaimana Silanol dan Algisium C yang mempunyai perkaitan berupaya menyusun semula serta memperkukuh struktur membrane menentang serangan radikal bebas. Algisium C merupakan pengurai kepada radikal berikutan kehadiran asid mannuronic. |
Kajian mendapati bahawa Silanol mempunyai kesan perataan atau melicinkan kulit pada permukaan berikutan pada dasarnya berlaku proses penjanaan semula sel-sel kulit pada kulit yang berkedut secara mendalam.
|
Sel-sel yang dirangsang oleh Algisium C menghasilkan sejumlah kolagen yang banyak jika berada dalam keadaan yang optimum
|
Selain itu, Algisium C secara klinikal telah terbukti dapat mengurangkan ukur lilit (centimetric) terutamanya di pinggang serta mengurangkan selulit kerana penstrukturan semula dermis (firm & elastic).
2. Hydroxyprosilane
Merupakan sebahagian daripada keluarga kimia iaitu SILANOL, berfungsi sebagai anti penuaan, memulihkan parut-parut luka kecil, dan juga bersifat anti radikal bebas. Selain itu, ianya bertindak menyekat pengumpulan lemak di bahagian bawah lapisan kulit. Secara tidak langsung ia akan membantu mengawal berat badan.
Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana penggunaan silanol dapat menstrukturkan semula kulit. Kulit akan menjadi lebih anjal dan tegang.
3. Capsicum
Capsicum (Cili) mempunyai fungsi iaitu mempercepatkan metabolisme untuk membantu membakar kalori dengan cepat. Ia mampu mengurangkan lebihan lemak dengan efektif dan berupaya mengurangkan selulit pada tubuh badan.
4. Ekstrak Aloe Vera
Aloe vera bersifat anti penuaan dan anti oksida. Ini kerana kandungan mineral seperti Vitamin C, E, dan Zink bermanfaat sebagai anti oksida. Kandungan aloe vera turut membantu melembabkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda.
5. Virgin Oil
Ekstrak minyak kelapa dara berguna dalam merangsang metabolisme badan seseorang di samping membantu mendapatkan berat badan yang ideal. Ia memiliki sifat antioksidan secara semulajadi.
6. White Oil
White Oil (Minyak kayu putih) bertindak menghaluskan kulit di samping mencerahkan kulit. Selain itu juga, minyak kayu putih turut berfungsi mengeluarkan angin, mengatasi masalah kembung perut, dan membantu melancarkan pembuangan angin dari badan.
7. Menthol
Ekstrak daripada pudina ini adalah baik untuk merawat masalah angin, bengkak sendi, di samping mendatangkan rasa nyaman pada kulit.
8. Glycerin
Bertindak sebagai emollient (agen pelembab) pada losyen. Sesuai mengatasi masalah kulit kering.
FERKIDS
HARGA JUAL YANG DITETAPKAN
RM75 Semenanjung
RM85 Sabah/Sarawak
setiap pembelian produk ini dibekalkan dengan 1 shaker bear yang comel
|
- 1. Ekstrak Malt
Ekstrak Malt dihasilkan daripada malt barli iaitu bijiran sempurna dengan enzim-enzim semulajadi. Ekstrak malt dijadikan sebagai makanan tambahan serta pemanis makanan. Ekstrak malt mengandungi protein, asid amino, mineral, vitamin, serta merupakan antioksida yang baik.
- 2. DHA
DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Selain itu, fungsi DHA juga adalah untuk penyelarasan mata dengan tangan, kemahiran gerakan bermotor, jangka tumpuan yang lebih panjang serta IQ yang lebih tinggi.
Sumber DHA terdiri daripada alga (rumpai) yang akan mengeluarkan DHA secara semulajadi, jenis ikan yang berlemak seperti ikan salmon, ikan tuna, ikan halibut, ikan hering. Sejumlah kecil DHA boleh didapati dari kuning telur serta hati
- 3. Sodium Ascorbate Cystalline
Membekalkan vitamin C dan antioksida untuk mencegah perubahan pada makanan dan minuman.
- 4. Lutein
Lutein ialah pigmen yang berwarna oren kekuningan yang banyak terdapat dalam tumbuhan. Ia merupakan carotenoid dan berkaitan dengan vitamin A. Carotenoid lain ialah beta carotene, alpha carotene and zeaxanthin. Lutein tertumpu di retina mata anda, jadi ia adalah satu komponen yang diperlukan penglihatan normal. Ia juga berfungsi sebagai antioksidan untuk mengurangkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.
- 5. Aquamin (marine calcium & magnesium)
Merupakan rumpai laut yang menghasilkan sumber mineral. Aquamin kaya dengan kalsium, magnesium, mineral lain termasuk zink, besi, selenium. Dihasilkan daripada alga merah dari spesis Lithothamnion.
- 6. Maltodextrin
Maltodextrin adalah oligosakarida yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan. Ia mudah dicerna dan biasanya digunakan untuk pengeluaran soda dan gula-gula. Ia juga boleh didapati sebagai bahan dalam pelbagai lain-lain makanan yang diproses.
- 7. Gingko Extract
Gingko adalah spesis pokok tertua didunia. Di Eropah & Amerika Syarikat, makanan tambahan dari gingko adalah bahan herba yang tinggi jualannya termasuk di France & German. Gingko secara tradisional digunakan untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki sistem peredaran darah didalam badan. Gingko juga mengandungi 2 jenis antioksida iaitu flavanoids & terpenoids yang dapat mengurangkan atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser dan penyakit alzheimer’s dan lain lain penyakit pelupa dan hilang ingatan.
- 8. Kismis
Kismis adalah makanan & manisan semulajadi. Ianya adalah sumber yang baik untuk fiber, vitamin & mineral seperti Vitamin B, Kalsium, Potasium, dan zat besi. Kismis juga adalah antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan. Kismis mempunyai kandungan fruktos yang tinggi dan tidak mengandungi bahan pengawet. Di kebanyakan negara, kismis juga dikatakan makanan yang baik untuk minda.
- 9. Ekstrak Delima
Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik. Mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Antara khasiatnya iaitu dapat menghalang dan mengurangkan pemendapan kolesterol pada pembuluh darah, melancarkan peredaran darah, unsur flavenoids melindungi otak dan menguatkan memori, membantu mengawal radikal bebas yang boleh menyebabkan lemah ingatan, pergolakan emosi dan kemurungan, membekalkan tenaga segera untuk memulihkan keletihan dan kelesuan badan agar lebih cergas dan segar.
AQUA TEA HERBS
MAL20013692T
PRICE RM49.00 sm,
RM59.00 ss
|
- 1. Sennae Fructus Angustifoliae (Senna Pods)
Senna merupakan tumbuhan yang mengandungi glikosida iaitu merupakan satu kumpulan sebatian organik yang biasanya ditemui dalam tumbuh-tumbuhan. Sebatian-sebatian ini berfungsi sebagai julap bagi melancarkan otot untuk menghadamkan makanan melalui usus. Ini membantu untuk meningkatkan jumlah bahan buangan keluar melalui kolon. Proses ini adalah disebabkan oleh rantaian asid lemak yang menggalakkan penghadaman, penapaian, dan berupaya menukar glikosida menjadi ejen pelincir. Proses ini berlaku apabila interaksi berlaku dengan bakteria dalam trek penghadaman menyebabkan pengecutan usus. Pengecutan ini disebabkan oleh antraquinone yang terkandung dalam senna. Pengeluaran dimeric glikosida antraquinone dikenali sebagai senna glikosida. Ia dapat mengatasi masalah sembelit.
- 2. Camellia Sinensis/Green Tea Extract
Cammelia Sinensis adalah nama lain bagi pokok teh. Teh hijau merupakan tumbuhan yang terbukti mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh. Teh hijau mempunyai antioksidan khusus yang berfungsi untuk melindungi tisu badan, sel-sel, dan molekul dari kerosakan oksida melalui mekanisme yang berbeza. Dari sudut sejarah, teh hijau secara eksklusif digunakan sebagai pemakanan tambahan.
Tekanan oksida merupakan penyumbang utama kepada proses penuaan dan juga punca kepada penyakit kronik. Bukti epidemiologi membuktikan bahawa pengambilan teh dapat mengurangkan risiko mendapat kanser tertentu, perlindungan kardiovaskular dan memberi manfaat kesihatan tulang. Selain itu, kajian menunjukkan teh juga dapat memberi manfaat untuk mengurangkan berat badan, serta kesihatan kepada kulit.
Antioksidan khusus yang terdapat dalam teh hijau berfungsi dalam mekanisme biologi untuk meningkatkan tahap atau aktiviti enzim antioksidan yang terdapat di dalam badan. Antioksidan secara langsung memerangkap atau meneutralkan spesies oksigen reaktif seperti anion dismutase, radikal hidroksil dan radikal peroksil. Spesies oksigen reaktif dihasilkan badan melalui metabolism normal dan hasil daripada tekanan oksidatif. Lebihan spesies oksigen reaktif boleh menyebabkan kerosakan oksidatif sasaran seperti lipid dalam membran sel protein dan DNA.
Keupayaan badan untuk menghasilkan enzim antioksidan dan mengekalkan tahap aktiviti normal mereka adalah pertahanan yang penting terhadap kerosakan oksidatif. Pengambilan teh hijau dapat membekalkan antioksidan kepada tubuh bagi mencegah beberapa penyakit tertentu.
Teh hijau ini banyak memberi manfaat kerana ia mempunyai nutrien yang baik untuk kesihatan. Antara khasiat kandungan teh hijau ini ialah:
- Mengaktifkan metabolisme tubuh selain meningkatkan tenaga.
- Mampu menurukan berat badan jika sekiranya diminum secara berkala setiap hari kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin yang mampu membakar lemak.
- Mampu mengatur atau mengawal glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah.
- Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal.
- Teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
- Paras antioksidan teh hijau yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
VICATU
NAMA PRODUK : VICATU (MAL 20020070 TC)
KLASIFIKASI : Makan kesihatan (Produk hebat untuk lelaki yang berumur 30 tahun ke atas)
ISI KANDUNGAN : 30 kapsul/Bottle
INDIKASI : Melawas dan melancarkan pembuangan air kecil, menjaga dan mengelakkan masalah prostat dan memberi tenaga kepada lelaki
KANDUNGAN : Cynometra Cauliflora Radix, Euphorbia Neriifolia Fructus, Apis Mellifica D30/Honey Bee
CARA PENGGUNAAN : 1 kapsul/3 kali sehari/Selepas makan
HARGA JUALAN : RM85.00 Semenanjung/ RM 90.00 SS
RX DARA
NAMA PRODUK : RX DARA (MAL 20020069 TC)
KLASIFIKASI : Makan kesihatan
ISI KANDUNGAN : 60 kapsul/Bottle
INDIKASI : Digunakan secara tradisional untuk melancarkan haid serta mengurangkan kesakitan semasa haid. Mengetatkan otot faraj, memberi tenaga, menghilangkan keputihan, menguatkan metabolisme badan, menjaga peranakan dan sentiasa menjaga rahim dalam keadaan panas
KANDUNGAN : Coscinium Blumeanum, Salacia Flavescens
CARA PENGGUNAAN : 2 kapsul 2 kali sehari/diambil pagi dan petang
HARGA JUALAN : RM59.00 Semenanjung/ RM 65.00 SS
No comments:
Post a Comment