CEPAT
Semua orang mahu cepat dalam semua hal. Cepat kaya, cepat kabwin, cepat bahagia pendek kata semuanya mahu pantas, segera, cepat. Jika boleh, berdoa pun mahu dikabulkan dengan cepat-cepat.
TETAPI mengapa diri belum mahu cepat-cepat berubah menjadi baik? Cepat mengamalkan ilmu. Cepat memberi sedekah. Cepat melakukan kebailan. Cepat pula tinggalkan larangan. Aduhai.. Adakah sebab kita melambatkan taubat?
Berbicara tentang cepat bertaubat, kita renung ayat Allah ini sebagai peringatan, "Dan bersegeralah kamu mencari keampunan Tuhanmu." ( Ali Imran 3:133) Kita bagaimana? Allah suka kepada mereka yang cepat melakukan taubat. Cepat bertaubat maka kebaikan pun akan lekas mendekat. Kita mesti cepat, sebab tarikh kematian sudah tercatat, takut tidak sempat.
LAMBAT
"Mengapa jodoh aku lambat? Aku dah lama berdoa, lambatnya termakbul."
Awas, mulut jangan sampai menuturkan sebaris ayat ini. Kita akan berang jika janji lambat ditunaikan. Pinjam barang lewat dipulangkan. Tetapi kita tidak terasa apa-apa jika solat lambat ditunaikan. Sedangkan janji dengan Allah itu yang perlu disegerakan. Kita mahu Allah segera makbulkan doa, sedangkan kita melambat-lambatkan urusan dengan Allah.
Lebih-lebih lagi, kita tidak tahu rencana Tuhan. Pastinya pada setiap perkara yang dilambatkan itu Allah menyediakan kebaikan. Kebaikan yang mungkin kita tidak tahu melainkan selepas melaluinya.
Lambat, pastinya ada kebaikan. Cepat, pastinya terhimpun hikmah. Tinggal saja bagaimana kita memanfaatkan setiap pemberian Allah. Hal yang baik mesti dipercepat, perbuatan yang buruk elok diperlambat.
Petikan: Solusi
No comments:
Post a Comment