MY PROFILE ::NUR WAHEEDA ISMAIL:: ::HEIGHT (CM): 155cm ::WEIGHT (KG): 42 kg ::RACE: MALAY ::SKIN COLOR: FAIR BROWN ::EYE COLOR: BROWN ::WINNING AWARD: CONSOLATION PRIZE, POHKONG~ CONSOLATIONS PRIZE-SACC MALL (CONTEST)~ ::DRESS SIZE: XS (UK) ___(US) ::SHOE SIZE: 5 (UK) ___(US) =EXPERIENCES: :OUTDOOR PHOTOSHOOT/EVENT ETC. :STUDIO SHOOT (bridal dress)-Studio A :PHOTOSHOOT - MAGAZINE :IMPIAN PESONA REALITY TV(EXTRA)-2011 :JOHNSON'S & JOHNSON'S (TVC/PRINT ADV)-2009 :RUNWAY FOR FASHION SHOW (EVENT) since 2010 :TIA AMELIA (TVC)- Nov 2011 :DRAMA BICARA HATI (EXTRA)-2012 :MODEL BOUTIQUE -Since 2011 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (NOVEMBER & DISEMBER 2012) :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGMNT)EPISOD 8: DISEMBER 2012, TV9 :AMBASSADOR FOR SYARAZ COUTURE 2012/2013 :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGEMENT) FEB 2013 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (APRIL 2013) :MODEL FOR TVC FEREENA BEAUTY SKIN (TV3-OGOS 2013) =wieda_waheeda@yahoo.com

Saturday, November 28, 2009

*NuR KaSiH*



Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
ada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasihNur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih

Nur kasih Oh nur kasih

Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih

Nur ya nur kasih

Nur nur kasih

Nur kasih




Sunday, November 8, 2009

*HaNdPhOnE*


make money

PERKARA YANG ANDA TAK TAH
U TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1)
NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berad
a dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2)
KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunak
an system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3)
KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu m
elakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4)
TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

" Ramai manusia sering memberi alasan untuk menolak sesuatu peluang yang datang kepada mereka. Kebanyakkan mereka rasa kehidupan mereka sudah selesa, tetapi sebenarnya mereka berada dalam kesusahan..

EGO membuatkan ramai manusia BUTA di dalam CELEK... "


Buang EGO untuk Berjaya....



C.i.N.t.A

Kali nie,aku tanak byk bercerita,tanak byk menaip sbb aku hanya nk copy n paste ajer, dh cukup...tp ape yg aku nk,org baca dan faham..ape itu C.i.N.t.A..benda ni,slalu wt kita jd pelik2 tp best...aku tanak hurai, cuma aku nk bg sedikit kata-kata yg aku search frm da web..aku tak ska nk menaip perkara yg memerlukan huraian yg berlebih2, aku cuma suka bila aku menaip atau copy ape2 utk diletakkan kt cni, biar pkara yg relaks..tak pyh nk ssh2 penat pale otak nk pk...hehe..so, moga sume yg bace,enjoy yar...

Do you feel me loving you
Do you feel me touching you
Do you feel me wanting you
Do you feel me honestly loving you

But i do have this fear
Fear for loving you
Fear for wanting you
Fear for lossing you

Let me love you the way i do
Let me love you just the way you are
Let me love you where ever you might
And let me love you for the rest of you

Do you feel me loving you?
Do you feel me so close in your heart?
Do you feel me missing you so much?
Do you feel me loving you honestly?

This is what i got left
The only things and feelings that i had for you
This is the only thing that i wanted to
And please dont take it away from me.
Do you feel me loving you?
And yes i really do!


I’ve fallen in love with you
and I’ll never let you go
I love you more than anyone
I just had to let you know
And if you ever wonder why
I don’t know what I’ll say
But I’ll never stop loving you
each and every day
My feelings for you will never change
Just know my feelings are true
Just remember one thing
I Love You!





Cinta…
sangat menyakitkan untuk memilikinya..
tapi mudah untuk kita kehilangn nya..
adakah itu takdirnya cinta??..
tidak..
kerna cinta yg sejati datang nya dari hati yang jujur dan ikhlas.
hati yang ikhlas membawa seribu kejujuran..
dan dari kejujuran lah lahir cinta yang sejati..
cinta yang tidak mungkin akan pergi…
walau pun sedetik,walau pun sesaat..
kita tak mungkin akan kehilangan nya..



Cintailah cinta yg mcintai
jgn melukai cinta yg mencintai
dan…….
jgn mcintai cinta yg melukakan..

orang utara kata kau kacak, aku diam
orang selatan kata kau gagah, aku diam
orang timur kata kau hebat, aku diam
orang barat kata kau tampan, aku diam

orang utara, selatan, timur dan barat diam…..
bila kukata kau yang segalanya wiraku



I've le arned that love will never end,

Loves between two people and two heart,

Loves growing with pain and anger,

Loves grow with such memories and happiness.

Loves has no logic they said,

Yes it’s true, love is blind,

Listen and follow your heart,

May you find, what you been looking for.

I ve learned, when you love someone,

Doesn’t mean together and belong to each other,

Loving and sharing with what you have,

Greatful and thankful with what you got.

Love and desire,

Between two lovers,

Pure, honest and mature love,

No sympathy and no regret.











1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.


Herm yg ni selingan utk korang2 yg sanggup baca...

50 Most Romantic Things To Do With Your Girl Friend


1. Watch the sunset together.

2. Whispers to each other.

3. Cook for each other.

4. Walk in the rain.

5. Hold hands.

6. Buy small gifts for each other.

7. Gift Roses.

8. Find out their favorite cologne/perfume and wear every time you're together.

9. Go for a long walk down the beach at midnight.

10. Write poetry for each other.

11. Hugs are the universal medicine.

12. Say I love you, only when you mean it and make sure they know you mean it.

13. Give random gifts of flowers/candy/ poetry etc.

14. Tell her that she's the only girl you ever want. Don't lie!

15. Spend every second possible together.

16. Look into each other's eyes.

17. Very lightly push up her chin, look into her eyes, tell her you love her, and kiss her lightly.

18. When in public, only flirt w/ each other.

19. Put love notes in their pockets when they aren't looking.

20. Buy her a ring.

21. Sing to each other.

22. Always hold her around her hips/sides.

23. Take her to dinner and do the dinner for two-deal

24. Spaghetti? (Ever see Lady and the Tramp?)

25. Hold her hand, stare into her eyes, kiss her hand and then put it over your heart.

26. Dance together.

27. I love the way a girl looks right after she's fallen asleep with her head in my lap.

28. Do cute things like write I love you in a note so that they have

to look in a mirror to read it.

29. Make excuses to call them every 5 minutes

30. Even if you are really busy doing something, go out of your way to call and say I love you.

31. Call from your vacation spot to tell them you were thinking about them.

32. Remember your dreams and tell her about them.

34. Tell each other your most sacred secrets/fears.

35. Be Prince Charming to her parents.

36. Brush her hair out of her face for her.

37. Hang out with his/her friends.

38. Go to church/pray/ worship together.

39. Take her to see a romantic movie and remember the parts she liked.

40. Learn from each other and don't make the same mistake twice.

41. Describe the joy you feel just to be with him/her.

42. Make sacrifices for each other.

43. Really love each other, or don't stay together.

44. Let there never be a second during any given day that you aren't thinking about them, and make sure they know it.

45. Love yourself before you love anyone else.

46. Learn to say sweet things in foreign languages.

47. Dedicate songs to them on the radio.

48. Fall asleep on the phone with each other.

49. Stand up for them when someone talks trash.

50. Never forget the kiss goodnight and always remember to say,"Sweet
dreams."



Monday, July 13, 2009

Anak-anak aKu juga BaBy BaRu-InArA

Hari ni takde pape aku nk citer, just nk update blog ni jer dan nk kenalkan serba sedikit baby baru aku dan jugak anak-anak aku yg sedang membesar serta serba lasak kali ni... Ni, si abang (sulung) Khairul Imtiyaz skrg dh 3 thn 8 bln. Dia ni disiplin sgt2...kalau adik dier buat sampah ker aper, dier la yg akan nasihatkan adik dier...nnt dier akan ckp "adik sya,jgn buat sampah,nnt kwn mummy nk dtg,kemas balik..." hehe...bagusnya anak aku nih....skrg berat badan dier 13kg..tak la berat mana,leh lg la nk dukung...Imtiyaz ni manjer cket.... Skrg dh pandai baca doa mkn, doa tido, ABC, one two three-20,satu dua tiga-20...paling best bila dpt dgr dier nyanyi...lawak sgt...hakhakhak!nnt aku letak video...


Herm, yang macam korang nmpk kt cni,tgk la betapa gembiranya dorang main...



Ni pulak Nur 'Irisya Ellvyra...skrg dh 1 thn 9 bln. aku panggil dier Itsya,kadang2 Syasya,kadang2 Isya, kalu manje panggil Adik...Dier ni, nakal cket...lasak gak tuh...tp mmg senang tido,senang makan,serba senang la sumuanya....dia garang sungguh...abangnyer selalu kena buli...kuat menjerit lak tuh...naik pekak telinga aku kalu dier nangis...tp bila suruh senyap,sekelip mata boleh senyap...itu yg aku sayang sgt kt dier tuh....hehe...Nie aku rakamkan aksi2 dier utk tatapan...








Comel tak?
Gaya-gaya manjer,nih...
























Ni baby baru aku...baru berusia 79 hari pada 13.07.2009...Bg aku, dier comel sgt...sejuk jer mata memandang...cewah, puji anak sendiri...wakaka!
Nama : Nur Inara Ellvyra binti Mohd Khairul Irfan
Perempuan
Tarikh Lahir: 24.04.2009 (Jumaat)
T. Lahir: Hosp. Putrajaya
Berat masa lahir : 2.66 kg
Aku panggil dier Inara, tp abang dgn kakak dier panggil "adik baby..."
Inara ni, masa dlm pantang asyik nangis mlm ajerk...doktor kater,tali perutnyer tak matang,jd sentiasa masuk angin...kesian sgt kt dier...tp anak aku yg ni, kulitnya tak alergik,cantik bersih jer...itu yg senang nk jage...

Skrg, dh 79 hari...tido mlm dh tak meragam...lena betul dibuai mimpi...aku rasa lega sikit sbb tak payah susah2 berjaga malam...syukur Alhamdulillah...


Ini bermakna dh 2 minggu lebih kurang dier dihantar ke taska bersama kakak dan abangnyer...tp masalah baru pulak yg timbul...Inara alergik susu tepung. Dia takleh minum susu tepung, nnt muntah2...berat badan dier pada usia sebulan 3.88kg, masuk 60 hari, berat badannyer susut sbb minum susu tepung...masih lingkungan 3kg dan sepatutnya harus lebih dari 4kg...aku sedih tgk keadaan dier...jd aku dan suami sepakat bawa dia jumpa pakar...kami di 'suggest' bg dier minum susu yg berserat...Enfalac AR khas utk baby yg tali perut pramatang.....syukur semua ok dan berat badan dier kembali naik...

Ha, inilah dier....
Amannya Inara tido,kn...


Untuk pengetahuan, aku bukan tanak bg susu badan, aku bg mlm sepenuhnya cuma siang ajer tak sempat...Buat juga simpanan dlm peti sejuk,tp bilapanaskan, Inara akan kembung...aduh...anak aku yg ni, mmg high maintainance ler...hehe...susu ajer dh mahal...Tp takpe,demi anak, aku rela ape ajerk...huhu...
Amannyer aku tgk dier tido...skr, aku rasa seronok pula punya anak ramai dlm usia yg muda...meriah rumah aku...kalu tidak,boring jugak...iyerla suami aku pendiam orangnyer...harap aku yg cakap byk...skrg, anak2 riuh rendah dlm rumah...gembira pulak aku suami isteri...kadang2 mmg stress bising sgt, tp bila tgk gelagat dorang,nk gelak pun ada...tak jadi pulak nk marah...



Lega jugak bila kakak dgn abang Inara dh tido bilik asing, jd tak la penuh 1 bilik...




















Posted by Picasa

Friday, April 3, 2009

UTUSAN MALAYSIA 2/4/09

UTUSAN MALAYSIA 02 APRIL 2009

KELUARGA


Mandi tanpa pedih mata


DR. TAN Niap Ming (kanan), Joyce Lee (tiga dari kiri) bersama-sama pengguna tiga generasi memotong kek sempena ulangtahun ke-50 formulasi syampu 'Tidak Pedih Mata' Johnson's Baby di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebaik sahaja diletakkan syampu di kepala dan dialirkan air, kedengaran tangisan daripada si kecil. Bagi yang telah pandai bercakap pasti kedengaran kata-kata: "Pedih, pedih, pedih." Yang masih bayi, akan menangis tanpa berhenti sehinggalah tiada buih syampu di matanya.
Pada waktu itu pasti timbul kekecohan di dalam bilik air. Anak-anak akan trauma untuk menggunakan syampu itu lagi. Ibu-ibu pula pasti kelam kabut mencuci syampu yang masih terdapat di kepala dan yang mengalir di bahagian muka.

Ekoran kejadian itu, sudah pasti waktu mandi tidak akan menjadi suatu momen yang indah bagi si kecil. Bagi yang telah besar sedikit, pasti mencari helah untuk tidak mandi atau mensyampu rambut.

Justeru, bagi mengembalikan kegembiraan waktu mandi anak-anak, ibu-ibu harus bijak memilih syampu dan sabun mandian yang tidak memedihkan mata. Ini penting bagi memastikan mata anak tidak sakit terkena buih syampu.
Pakar Perunding Oftalmologi, Dr. Tan Niap Ming berkata, produk penjagaan bayi perlu mempunyai bahan lembut yang tidak memedihkan mata bagi memastikan bayi selesa untuk bersyampu atau mandi.

''Ini kerana duktus air mata dan refleks mereka masih belum berkembang dengan sepenuhnya semasa lahir, menyebabkan mata bayi kurang berupaya untuk menghasilkan air mata bagi mengeluarkan ejen yang merengsakan atau menapis bahan yang membahaya atau memedihkan mata.


Melindungi mata


''Di kalangan bayi, refleks untuk berkelip juga lambat yakni mereka kurang berupaya untuk membaharui 'tear film' yang melindungi mata semasa berkelip dan tidak cukup cepat untuk berkelip sebagai reaksi apabila berlakunya percikan air, secara tidak sengaja atau semasa waktu mandi,'' katanya.

Tambahnya, mata sangat sensitif. Walaupun sesetengah produk mungkin tidak akan merengsakan kulit bayi, tetapi ia mungkin merengsakan mata mereka sehingga menyebabkan anak menangis kesakitan.

Bagi mengatasi permasalahan itu serta menceriakan waktu mandi anak dengan penuh kasih sayang, Johnson & Johnson, pengeluar produk penjagaan kesihatan, memperkenalkan formulasi 'Tidak Pedih Mata' pada tahun 1959 untuk rangkaian produk Johnson's Baby. Dengan adanya formulasi ini, bayi dan kanak-kanak seluruh dunia berpeluang menikmati waktu mandi yang lebih menyeronokkan tanpa ada rengetan mata pedih.

Tahun ini, genaplah usia 50 tahun formulasi yang membantu ibu-ibu menceriakan waktu mandi anak mereka.

Pada majlis tersebut, beberapa orang ibu turut berkongsi pengalaman memandikan anak mereka.

Pengguna setia, Khadijah Hanapi, 47, berkata, menggunakan formulasi 'Tidak Pedih Mata' adalah saat yang menggembirakannya. Ini kerana buat pertama kali anak perempuannya tidak menangis apabila mencuci rambutnya.

''Ini semua berlaku hampir lebih 20 tahun lalu. Saya terkejut mendapati produk ini begitu lembut untuk bayi saya. Kini pengalaman itu telah berlalu, anak perempuan saya, Nur Waheeda Ismail kini sudah berusia 28 tahun dan mempunyai dua permata hati,'' katanya.
Sementara itu, Nur Waheeda turut menceritakan pengalamannya menggunakan formulasi tersebut.

''Ibu mengingatkan saya untuk mencari tanda 'Tidak Pedih Mata' Johnson's Baby ketika saya membeli produk-produk bayi untuk anak lelaki saya, Khairul dan anak perempuan, Nur Irishya. Ibu memberitahu saya yang mata bayi sangat sensitif dan produk dengan tanda ini tidak akan memedihkan mata cucunya.

"Ibu saya memang berpengalaman. Anak-anak saya tidak pernah pedih mata ketika mandi," kata Nur Waheeda.

Pengarah Urusan Johnson & Johnson, Joyce Lee memberitahu, majlis itu bukan sahaja menandakan warisan korporat "Tidak Pedih Mata" dalam inovasi produk dan kecemerlangan jenama, tetapi sebagai penghargaan atas kepercayaan para pengguna dan ahli-ahli profesional kesihatan yang setia dengan formulasi dan tanda ini.

"Kehadiran tiga generasi pada hari ini membuktikan hubungan emosi pengguna kami dengan tanda 'Tidak Pedih Mata'.

"Keyakinan mereka terhadap produk kami menjadi penggalak dan motivasi utama kami untuk mencapai kejayaan yang dikecapi hari ini," katanya.


DR. TAN Niap Ming (kanan), Joyce Lee (tiga dari kiri) bersama-sama pengguna tiga generasi memotong kek sempena ulangtahun ke-50 formulasi syampu 'Tidak Pedih Mata' Johnson's Baby di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Friday, March 13, 2009

Cantik : Elak sakiti mata si comel


Harian Metro Khamis, 12 Mac 2009

Variasi

Cantik: Elak sakiti mata si comel
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilusasmaini@nstp.com.my

Pilih produk selamat untuk mata serta lembut kepada kulit bayi

"DALAM tempoh tiga bulan pertama, otak dan mata bayi masih saling cuba untuk berkomunikasi serta berhubung antara satu sama lain manakala bayi berumur tiga bulan ke atas, mata mereka kurang berupaya menghasilkan air mata bagi membantu melindungi kornea.

"Selain itu, tindakan refleks untuk mata bayi berkelip juga amat lambat kerana mereka kurang mampu memperbaharui lapisan 'tear film' yang berfungsi melindungi mata ketika berkelip.

"Ia menyebabkan mata bayi tidak mampu berkelip sekiranya air terpercik ke mata ketika mandi kerana tisu dan mukosa mata mereka masih sensitif," kata Pakar Perunding Oftalmologi, Dr Tan Niap Ming.

Menurut Dr Tan, mata bayi yang baru lahir lebih mudah terdedah kepada bahaya berbanding orang dewasa kerana duktus air mata serta refleks mata mereka masih belum berkembang sepenuhnya.

Untuk itu, Dr Tan menyarankan, setiap produk penjagaan bayi perlu ada kelembutan bagi memastikan mata bayi tidak sakit jika terkenanya.

"Ibu bapa perlu lebih berhati-hati memilih produk penjagaan bayi mereka kerana biarpun sesetengah produk itu mungkin tidak akan merengsakan kulit bayi tetapi ia mungkin menyakiti mata si kecil anda.

"Sebaiknya, pilihlah produk yang bukan saja selamat untuk mata tetapi lembut kepada kulit bayi anda," katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 produk Johnson's Baby di ibu negara, baru-baru ini.
KASIH NENEK...Nur Waheeda memangku Nur 'Irisya memerhatikan ibunya, Khadijah mencium pipi cucunya, Khairul Imtiyaz.


Hadir sama, Pengarah Urusan Johnson & Johnson, Joyce Lee; Pengarah Johnson & Johnson Asia Pasifik Bahagian Pertukaran Teknologi dan Jaminan Teknikal Serantau, Noel Manigbas serta lima keluarga pengguna setia produk berkenaan.

Joyce berkata, pihaknya memahami kesensitifan mata bayi dan produk Johnson's Baby amat lembut umpama air tulen yang selamat kepada mata bayi.

Dia berkata, formulasi 'Tidak Pedih Mata' Johnson's Baby menjadi produk pertama yang menyediakan kelembutan untuk mata bayi dan ia terbukti dengan sejarah yang terlakar sejak setengah abad lalu.

Katanya, sejak diperkenalkan pada Januari 1959, jenama berusia 50 tahun itu kini menjadi jenama global yang menjadi pilihan ibu serta ahli profesional kesihatan.

"Simbol air mata berwarna merah dengan tulisan 'Tidak Pedih Mata' adalah satu jaminan daripada kami bahawa produk berkenaan selamat serta lembut untuk mata bayi dan orang dewasa.

"Mulai bulan depan, syampu Johnson's Baby akan tampil berwajah baru dan tidak lagi menggunakan botol lama. Rekaan botol syampu Johnson' Baby pastinya lebih menarik dan menepati cita rasa ibu bapa hari ini," katanya.

Sementara itu, Khadijah Hanapi, 47, berkata, dia menggunakan produk tidak pedih mata Johnson sejak berpuluh tahun lalu dan masih mempercayainya sehingga kini.

Kata Khadijah, dia masih mengingati saat pertama memandikan anaknya, Nur Waheeda dengan syampu formula tidak memedihkan mata daripada Johson's Baby kerana anaknya langsung tidak menangis.

"Saat itu memang menakjubkan kerana dia tidak menangis apabila mak cik membersihkan rambutnya.

"Mak cik terkejut apabila mendapati produk berkenaan bukan saja tidak memedihkan mata bayi malah begitu lembut kepada kulitnya," katanya.

Nur Waheeda berkata, biarpun dia kini berusia 28 tahun serta sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua anak yang masih kecil, anaknya tetap percaya pilihan ibu dalam penjagaan bayi.

Menurut Nur Waheeda, ibunya sering mengingatkannya supaya mencari produk bayi yang mempunyai tanda 'Tidak Pedih Mata' untuk kegunaan dua anaknya iaitu Khairul Imtiyaz b. Mohd Khairul Irfan, 3 dan Nur Irisya Ellvyra, setahun empat bulan.

"Ibu menggunakan produk ini ketika saya kecil dan kini, selepas mempunyai anak sendiri, saya turut menggunakan produk yang sama," katanya.