UTUSAN MALAYSIA 02 APRIL 2009
KELUARGA
Mandi tanpa pedih mata
DR. TAN Niap Ming (kanan), Joyce Lee (tiga dari kiri) bersama-sama pengguna tiga generasi memotong kek sempena ulangtahun ke-50 formulasi syampu 'Tidak Pedih Mata' Johnson's Baby di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebaik sahaja diletakkan syampu di kepala dan dialirkan air, kedengaran tangisan daripada si kecil. Bagi yang telah pandai bercakap pasti kedengaran kata-kata: "Pedih, pedih, pedih." Yang masih bayi, akan menangis tanpa berhenti sehinggalah tiada buih syampu di matanya.
Pada waktu itu pasti timbul kekecohan di dalam bilik air. Anak-anak akan trauma untuk menggunakan syampu itu lagi. Ibu-ibu pula pasti kelam kabut mencuci syampu yang masih terdapat di kepala dan yang mengalir di bahagian muka.
Ekoran kejadian itu, sudah pasti waktu mandi tidak akan menjadi suatu momen yang indah bagi si kecil. Bagi yang telah besar sedikit, pasti mencari helah untuk tidak mandi atau mensyampu rambut.
Justeru, bagi mengembalikan kegembiraan waktu mandi anak-anak, ibu-ibu harus bijak memilih syampu dan sabun mandian yang tidak memedihkan mata. Ini penting bagi memastikan mata anak tidak sakit terkena buih syampu.
Pakar Perunding Oftalmologi, Dr. Tan Niap Ming berkata, produk penjagaan bayi perlu mempunyai bahan lembut yang tidak memedihkan mata bagi memastikan bayi selesa untuk bersyampu atau mandi.
''Ini kerana duktus air mata dan refleks mereka masih belum berkembang dengan sepenuhnya semasa lahir, menyebabkan mata bayi kurang berupaya untuk menghasilkan air mata bagi mengeluarkan ejen yang merengsakan atau menapis bahan yang membahaya atau memedihkan mata.
Melindungi mata
''Di kalangan bayi, refleks untuk berkelip juga lambat yakni mereka kurang berupaya untuk membaharui 'tear film' yang melindungi mata semasa berkelip dan tidak cukup cepat untuk berkelip sebagai reaksi apabila berlakunya percikan air, secara tidak sengaja atau semasa waktu mandi,'' katanya.
Tambahnya, mata sangat sensitif. Walaupun sesetengah produk mungkin tidak akan merengsakan kulit bayi, tetapi ia mungkin merengsakan mata mereka sehingga menyebabkan anak menangis kesakitan.
Bagi mengatasi permasalahan itu serta menceriakan waktu mandi anak dengan penuh kasih sayang, Johnson & Johnson, pengeluar produk penjagaan kesihatan, memperkenalkan formulasi 'Tidak Pedih Mata' pada tahun 1959 untuk rangkaian produk Johnson's Baby. Dengan adanya formulasi ini, bayi dan kanak-kanak seluruh dunia berpeluang menikmati waktu mandi yang lebih menyeronokkan tanpa ada rengetan mata pedih.
Tahun ini, genaplah usia 50 tahun formulasi yang membantu ibu-ibu menceriakan waktu mandi anak mereka.
Pada majlis tersebut, beberapa orang ibu turut berkongsi pengalaman memandikan anak mereka.
Pengguna setia, Khadijah Hanapi, 47, berkata, menggunakan formulasi 'Tidak Pedih Mata' adalah saat yang menggembirakannya. Ini kerana buat pertama kali anak perempuannya tidak menangis apabila mencuci rambutnya.
''Ini semua berlaku hampir lebih 20 tahun lalu. Saya terkejut mendapati produk ini begitu lembut untuk bayi saya. Kini pengalaman itu telah berlalu, anak perempuan saya, Nur Waheeda Ismail kini sudah berusia 28 tahun dan mempunyai dua permata hati,'' katanya.
Sementara itu, Nur Waheeda turut menceritakan pengalamannya menggunakan formulasi tersebut.
''Ibu mengingatkan saya untuk mencari tanda 'Tidak Pedih Mata' Johnson's Baby ketika saya membeli produk-produk bayi untuk anak lelaki saya, Khairul dan anak perempuan, Nur Irishya. Ibu memberitahu saya yang mata bayi sangat sensitif dan produk dengan tanda ini tidak akan memedihkan mata cucunya.
"Ibu saya memang berpengalaman. Anak-anak saya tidak pernah pedih mata ketika mandi," kata Nur Waheeda.
Pengarah Urusan Johnson & Johnson, Joyce Lee memberitahu, majlis itu bukan sahaja menandakan warisan korporat "Tidak Pedih Mata" dalam inovasi produk dan kecemerlangan jenama, tetapi sebagai penghargaan atas kepercayaan para pengguna dan ahli-ahli profesional kesihatan yang setia dengan formulasi dan tanda ini.
"Kehadiran tiga generasi pada hari ini membuktikan hubungan emosi pengguna kami dengan tanda 'Tidak Pedih Mata'.
"Keyakinan mereka terhadap produk kami menjadi penggalak dan motivasi utama kami untuk mencapai kejayaan yang dikecapi hari ini," katanya.
DR. TAN Niap Ming (kanan), Joyce Lee (tiga dari kiri) bersama-sama pengguna tiga generasi memotong kek sempena ulangtahun ke-50 formulasi syampu 'Tidak Pedih Mata' Johnson's Baby di Kuala Lumpur, baru-baru ini.