MY PROFILE ::NUR WAHEEDA ISMAIL:: ::HEIGHT (CM): 155cm ::WEIGHT (KG): 42 kg ::RACE: MALAY ::SKIN COLOR: FAIR BROWN ::EYE COLOR: BROWN ::WINNING AWARD: CONSOLATION PRIZE, POHKONG~ CONSOLATIONS PRIZE-SACC MALL (CONTEST)~ ::DRESS SIZE: XS (UK) ___(US) ::SHOE SIZE: 5 (UK) ___(US) =EXPERIENCES: :OUTDOOR PHOTOSHOOT/EVENT ETC. :STUDIO SHOOT (bridal dress)-Studio A :PHOTOSHOOT - MAGAZINE :IMPIAN PESONA REALITY TV(EXTRA)-2011 :JOHNSON'S & JOHNSON'S (TVC/PRINT ADV)-2009 :RUNWAY FOR FASHION SHOW (EVENT) since 2010 :TIA AMELIA (TVC)- Nov 2011 :DRAMA BICARA HATI (EXTRA)-2012 :MODEL BOUTIQUE -Since 2011 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (NOVEMBER & DISEMBER 2012) :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGMNT)EPISOD 8: DISEMBER 2012, TV9 :AMBASSADOR FOR SYARAZ COUTURE 2012/2013 :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGEMENT) FEB 2013 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (APRIL 2013) :MODEL FOR TVC FEREENA BEAUTY SKIN (TV3-OGOS 2013) =wieda_waheeda@yahoo.com

Monday, July 7, 2008

ANAK ITU KUPU-KUPU SYURGA


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.


Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barang siapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggungtiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.

"Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.


Wallahu'alam

No comments: