MY PROFILE ::NUR WAHEEDA ISMAIL:: ::HEIGHT (CM): 155cm ::WEIGHT (KG): 42 kg ::RACE: MALAY ::SKIN COLOR: FAIR BROWN ::EYE COLOR: BROWN ::WINNING AWARD: CONSOLATION PRIZE, POHKONG~ CONSOLATIONS PRIZE-SACC MALL (CONTEST)~ ::DRESS SIZE: XS (UK) ___(US) ::SHOE SIZE: 5 (UK) ___(US) =EXPERIENCES: :OUTDOOR PHOTOSHOOT/EVENT ETC. :STUDIO SHOOT (bridal dress)-Studio A :PHOTOSHOOT - MAGAZINE :IMPIAN PESONA REALITY TV(EXTRA)-2011 :JOHNSON'S & JOHNSON'S (TVC/PRINT ADV)-2009 :RUNWAY FOR FASHION SHOW (EVENT) since 2010 :TIA AMELIA (TVC)- Nov 2011 :DRAMA BICARA HATI (EXTRA)-2012 :MODEL BOUTIQUE -Since 2011 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (NOVEMBER & DISEMBER 2012) :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGMNT)EPISOD 8: DISEMBER 2012, TV9 :AMBASSADOR FOR SYARAZ COUTURE 2012/2013 :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGEMENT) FEB 2013 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (APRIL 2013) :MODEL FOR TVC FEREENA BEAUTY SKIN (TV3-OGOS 2013) =wieda_waheeda@yahoo.com

Tuesday, May 29, 2012

Hidup ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Gayanya da agak lama saya tidak menulis di sini..Syukur Alhamdulillah kerana masih bernafas dan diberi peluang untuk terus hidup, terus menghayati hari-hari yang mendatang..Tidak ada apa yang ingin saya ceritakan melainkan kisah-kisah kehidupan yang semakin hari semakin banyak mengajar setiap insan untuk terus menghayati erti hidup dan menghargai kehadiran setiap sahabat yang datang menghulurkan salam..

Akhir-akhir ini, terlalu banyak suka duka yang ingin dikongsi bersama semua..tapi apakan daya, kesibukan mengatasi keinginan bila mana, tugasan harian menuntut komitmen yang tinggi dan kepenatan selepas bekerja memaksa diri untuk terus berehat seketika..

Pembaca tersayang..

Harapan hati ini, setiap yang singgah di sini, memahami sepenuhnya apa yang ingin saya sampaikan.  Tiada kata secantik bahasa yang ingin disusun seindah suasana pagi dihiasi kicauan burung menyemarakkan suasana.

Kesilapan
Setiap yang hidup pasti akan melakukakan kesilapan kerana dari situ kita akan belajar mengenali erti hidup dan mematangkan fikiran..lagi lama hidup, lagi banyak yang di lalui..lagi banyak dugaan,lagi banyak pengajaran..cuma apa yang harus kita buat adalah, jangan menuding jari kepada orang lain untuk terus menghukum kesilapan seseorang.. Sebelum menuduh, sebelum menghukum orang lain, lihat diri kita sendiri terlebih dahulu..sejauh mana kebenaran yang ada..alangkah malunya sekiranya, terang-terangan kelihatan kita yang sebenar-benar silap, tp beriya pula kita tidak ingin akui kesilapan itu..

Sahabat tersayang..
Kehadiran seorang sahabat dalam hidup, akan menyerikan kehidupan seseorang..sahabat juga boleh bertindak sebagai tulang belakang..tp lihat juga jenis sahabat yang kita ada..adakah ketika kita senang sahaja dia akan hadir, ataupun ketika kita susah dia sentiasa bersama..namun, zaman sekarang, terlalu sukar memperoleh sahabat yang benar-benar sahabat..kebanyakan yang kita ketemu adalah sahabat ketika kita senang sahaja..ataupun bahasa Facebooknya fake friends.. ahaks.. Sepanjang hidup ini, terlalu ramai telah ditemui..sahabat sejati, sahabat setia, sahabat susah senang, sahabat gembira berduka..ish macam-macam lah jenisnya.. TAPI.. sahabat yang saya ada, pada saya semua terbaik..tanpa mereka, siapalah saya...tanpa mereka, tidak kenal lah saya apa itu erti hidup..kerana, baik buruk sahabat saya, merekalah penyeri kehidupan harian saya..baik buruk mereka, tetap buat hati saya gembira dan saya matang bila di duga dengan macam-macam karenah sahabat saya... Saya sayang kamu semua, wahai sahabat..

Teman..
Kau penyeri..selalu ada untuk ketawa menangis bersama..selalu mendengar apa sahaja kisah dan cerita..tanpa jemu..tanpa lelah..teman, saat ini, hati ni terlalu sayu..merindui kalian.. kalian yang telah semakin jauh mengejar kehidupan masing-masing..mengejar kebahagiaan diri dan keluarga.. kita terpisah dek jarak..tapi tidak pada hati..

Sahabat mahupun teman..kawan mahupun apa sahaja panggilan..
Marilah kita menghargai silaturrahim yang dianugerahkan..kerana tali pengikat antara kita adalah kenangan...kenangan yang tak dapat kita lupakan...hargai selagi ada..apa sahaja yang kita lalui sepanjang kehidupan kita, siapa sahaja yang kita jumpa dalam hidup ini, kita takkan dapat nafikan walaubagaimanapun kehadiran seseorang dalam hidup kita...kehadiran mereka akan mewarnai setiap titik perjalanan kehidupan seharian seseorang individu tersebut...

luv ol my fwen ^.^ chill~

Gambar sekadar hiasan









Ann Xagoras




No comments: