MY PROFILE ::NUR WAHEEDA ISMAIL:: ::HEIGHT (CM): 155cm ::WEIGHT (KG): 42 kg ::RACE: MALAY ::SKIN COLOR: FAIR BROWN ::EYE COLOR: BROWN ::WINNING AWARD: CONSOLATION PRIZE, POHKONG~ CONSOLATIONS PRIZE-SACC MALL (CONTEST)~ ::DRESS SIZE: XS (UK) ___(US) ::SHOE SIZE: 5 (UK) ___(US) =EXPERIENCES: :OUTDOOR PHOTOSHOOT/EVENT ETC. :STUDIO SHOOT (bridal dress)-Studio A :PHOTOSHOOT - MAGAZINE :IMPIAN PESONA REALITY TV(EXTRA)-2011 :JOHNSON'S & JOHNSON'S (TVC/PRINT ADV)-2009 :RUNWAY FOR FASHION SHOW (EVENT) since 2010 :TIA AMELIA (TVC)- Nov 2011 :DRAMA BICARA HATI (EXTRA)-2012 :MODEL BOUTIQUE -Since 2011 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (NOVEMBER & DISEMBER 2012) :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGMNT)EPISOD 8: DISEMBER 2012, TV9 :AMBASSADOR FOR SYARAZ COUTURE 2012/2013 :REALITY TV PROGRAM (LONDON WEIGHT MANAGEMENT) FEB 2013 :MAGAZINE 'INSPIRASI PERKAHWINAN' (APRIL 2013) :MODEL FOR TVC FEREENA BEAUTY SKIN (TV3-OGOS 2013) =wieda_waheeda@yahoo.com

Saturday, August 19, 2017

Vice Versa

CEPAT

Semua orang mahu cepat dalam semua hal. Cepat kaya, cepat kabwin, cepat bahagia pendek kata semuanya mahu pantas, segera, cepat. Jika boleh, berdoa pun mahu dikabulkan dengan cepat-cepat.
TETAPI mengapa diri belum mahu cepat-cepat berubah menjadi baik? Cepat mengamalkan ilmu. Cepat memberi sedekah. Cepat melakukan kebailan. Cepat pula tinggalkan larangan. Aduhai.. Adakah sebab kita melambatkan taubat?
Berbicara tentang cepat bertaubat, kita renung ayat Allah ini sebagai peringatan, "Dan bersegeralah kamu mencari keampunan Tuhanmu." ( Ali Imran 3:133) Kita bagaimana? Allah suka kepada mereka yang cepat melakukan taubat. Cepat bertaubat maka kebaikan pun akan lekas mendekat. Kita mesti cepat, sebab tarikh kematian sudah tercatat, takut tidak sempat.

LAMBAT

"Mengapa jodoh aku lambat? Aku dah lama berdoa, lambatnya termakbul."
Awas, mulut jangan sampai menuturkan sebaris ayat ini. Kita akan berang jika janji lambat ditunaikan. Pinjam barang lewat dipulangkan. Tetapi kita tidak terasa apa-apa jika solat lambat ditunaikan. Sedangkan janji dengan Allah itu yang perlu disegerakan. Kita mahu Allah segera makbulkan doa, sedangkan kita melambat-lambatkan urusan dengan Allah.
Lebih-lebih lagi, kita tidak tahu rencana Tuhan. Pastinya pada setiap perkara yang dilambatkan itu Allah menyediakan kebaikan. Kebaikan yang mungkin kita tidak tahu melainkan selepas melaluinya.
Lambat, pastinya ada kebaikan. Cepat, pastinya terhimpun hikmah. Tinggal saja bagaimana kita memanfaatkan setiap pemberian Allah. Hal yang baik mesti dipercepat, perbuatan yang buruk elok diperlambat.

Petikan: Solusi

Sangka Baik Dapat Baik

Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik, didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi 'siapa kita' ketika melihatnya.

Orang yang sibuk menghukum tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang bijak pandai. Kekadang belum pun mula berkenalan, apa lagi bercakap-cakap, baru melihat wajahnya sahaja terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya. Acapkali kita menghukum orang lain dengan 'fail' lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan yang telah kita perbaiki berkali-kali?
-solusi-

Thursday, May 25, 2017

Menghargai vs Penghargaan

Kadang-kadang aku terfikir, mengapa manusia sukar menghargai dan sukar memberi penghargaan.  Adakah ia terlalu mahal atau terlalu sukar untuk dinilai..

Kadang-kadang aku terfikir, bila aku pergi nanti adakah insan-insan disekelilingku akan ingat padaku lagi..bagaimana pula yang telah meninggalkan aku dulu? Mereka tidak tahu istilah ini maka aku biarkan mereka berlalu pergi..kerana dek kecewa, aku pasrah dan menyerah walau hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu.

Kadang-kadang aku terfikir, apakah mereka tahu bagaimana menghargai pengorbanan seseorang? atau apa mereka tahu cara untuk memberi penghargaan? pada aku, tidak sukar mana jika hati bersih dan caranya betul.. tidak perlu aku bersastera dan merayu agar difahami manusia..tidak perlu juga aku menyusun ayat dan bait-bait cinta hingga mata berkaca-kaca..sepastinya biarlah ungkapan yang amat mudah dan difahami si pembaca mahupun yang mendengar..itu sudah memadai.

Kadang-kadang aku penat berfikir, kenapa manusia terlalu mementingkan ego dan diri sendiri daripada memberi penghargaan pada orang yang tersayang.  Malah langsung tidak menghargai akan kehadiran yang dianugerahkan Tuhan..owh betapa ruginya..


Entahlah..dunia ini kejam atau manusia sekarang yang semakin kejam.. kebanyakan mereka menilai hanya melalui media sosial sahaja.  Langsung tidak pernah jumpa di depan mata, apatah lagi ada juga yang bertegur pun sekali sekala..mana mungkin dikatakan tahu semua tentang diri empunya.  Mana mungkin juga mereka tahu istilah 'menghargai' mahupun 'penghargaan' yang sedang aku perkatakan..

Siapa paling kejam?

Friday, November 25, 2016

AvraRisya Palazzo


 Instagram @avrarisya_palazzo
Figura | Wieda waheeda
Makeup done by Emel Ismail
Photographer | Nabil Nadir
 














 

























 







Tuesday, August 4, 2015

Quote

Lumrah hidup kita harus lalui pahit manis untuk kita terusan faham akan erti kehidupan..






Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

Setiap perkataan yang kita ucapkan melambangkan peribadi kita, tidak kira di mana jua kita menulis atau mengucapkannya

Remember the five simple rules to be happy: Free your heart from hatred. Free your mind from worries. Live simply. Give more. Expect less.

Love your enemies. Do good to those who hate you. Speak well of those who curse you.

When life pushes you down, it's testing you to see whether you have the strength or not to stand back up.

Biar apa orang kata, yang pasti kita tahu siapa diri kita

Always pray to have eyes that see the best in people,a heart that forgives the worst,a mind that forgets the bad,and a soul that never loses


Wednesday, December 3, 2014

IronLady

IronLady merupakan kumpulan khas di bawah naungan EmpireSAR bertujuan untuk memberi semangat terutamanya kepada kaum wanita yang sering di kaitkan dengan sifat yang lemah dan ingin membuka peluang perniagaan buat semua kaum wanita tanpa mengira usia. 

Team Ironlady terdiri daripada gabungan aura team yang lain seperti Rich911,RichM5,RichM7,RichF1, Version8, AL dan PR7 merangkumi ahli2 dari seluruh Malaysia dan negara jiran seperti Singpura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei. 

Menggunakan tagline "If Not Us Who, If Not Now When?", pelbagai aktiviti yang telah dirancang antaranya Road Tour, Motivation and Marketing plan coaching session, serta aktiviti seperti grooming session bermula daripada penampilan diri, fesyen, makeup, cara memakai hijab dan sebagainya.  

Team Ironlady juga akn mengajar dan memberi semagat dan motivasi terutamanya dalam meningkatkan 'confidence' level mereka apabila berhadapan dengan orang ramai.